Islamuna El-Jamil
Alyauma akmaltu lakum dinakum

Jumat, 23 April 2010

Toleransi Nabi Dalam Berdakwah

Ketika Nabi Muhammad saw duduk bersama para sahabatnya muncul seorang pemuda menemui Nabi lalu berkata "Izinkanlah saya untuk berzina." Mendengar perkataan yang biadab itu, Para sahabat terpinga-pinga dan merasa marah.

Namun Nabi Muhammad bersikap tenang dan menyikapinya dengan baik. Baginda lalu mengarahkan wajahnya kepada pemuda itu seraya bertanya "Mahukah engkau berzina dengan ibumu?" Pemuda itu menjawab "Tidak!". Lantas Nabi bersabda "Kalau begitu, orang-orang lain juga tidak suka berbuat jahat kepada ibu-ibu mereka." Nabi bertanya lagi "Sukakah kamu berbuat jahat dengan saudara perempuanmu sendiri? atau sukakah kamu sekiranya isteri kamu dinodai orang?" Kesemua pertanyaan tersebut dijawab oleh pemuda itu dengan "Tidaaaak!".

Rasulullah saw kemudian meletakkan tangannya yang mulia diatas dada pemuda itu sambil berdoa "Ya Allah, sucikanlah hati pemuda ini. Ampunkanlah dosanya dan peliharalah dia dari melakukan zina." Sejak peristiwa itu, tidak ada perkara yang paling dibenci oleh pemuda itu selain zina.


Moral & Iktibar

  • Sifat berlemah-lembut dan toleransi amat perlu ada dalam setiap pendakwah.
  • Sifat lemah-lembut kunci bagi kesuksesan seorang penda'i dan dakwah.
  • Sifat toleransi merupakan satu rahmat dan pemberian Allah yang bersifat dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
  • Perkataan yang kasar dan kesat bukan menghampirkan orang lain kepada kita malah akan menjauhkannya lagi.
  • Sebelum melakukan sesuatu perkara, perlu adanya Musyawarah (berbincang-bincang) bersama orang lain dengan kalimat yang lembut dan bijaksana .
  • Jangan mengikuti hawa nafsu karena ia datang dari syaithan.
  • Kemukakanlah pertanyaan kepada orang lain walaupun pertanyaan itu kemungkinan tidak dijawabnya; sementara orang yang ditanya pula berikanlah kesempatan untuk mengeluarkan apa yang didalam dadanya.
  • Berdakwah dengan hikmah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada orang yang didakwah.